Thursday, 9 October 2014



TAJUK : SENI ABSTRAK IKAN KOI DALAM BENTUK ANIMASI
1.0              PENGENALAN
            Topik Kajian
            Penyelidikan akan membincangkan tentang   makna seni astrak yang banyak  berkaitan dalam seni halus. Seni abtrak juga terdapat beberapa jenis yang membolehkan pengkarya menghasilkan pelbagai jenis karya. Untuk menghasilkan seni abstrak, ikan koi telah dipilih untuk dijadikan sebagai subjek utama di dalam abstrak tersebut. Kajian juga perlu dilakukan terhadap ikan koi,bagi mendapatkan maklumat yang terperinci tentang kepentingan dan keistimewaan ikan tersebut kepada orang ramai. Dalam menjalankan penyelidikan ini, beberapa orang atris malaysia yang menghasil karya ikan koi, akan dikaji serta diamati karya tersebut samaada karya tersebut dalam bentuk abstrak atau pun bukan abstrak. Kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi mengaitkan seni abstrak untuk dijadikan kepada bentuk animasi.
            .
            Permasalahan Kajian
                        Dalam kajian ini, beberapa orang artis yang menghasilkan karya abstrak ikan koi perlu dikaji. Namun  tidak ramai pengkarya-pengkarya terkenal tempatan yang menghasilkan karya ikan koi. kebanyakan karya lebih banyak dihasilkan oleh pengkarya dari Indonesia. Selain itu, kebanyakan sumber-sumber rujukan video tentang seni abstrak lebih kepada bentuk 3 dimensi dan video seni abstrak 2 dimensi sangat kurang. Video seni abstrak yang ditampilkan juga lebih kepada bentuk geometrik dan bentuk organik sangat kurang dan tidak menarik. Disamping itu, terdapat kelemahan dalam diri sendiri dalam mengamati hasil seni karya abstrak dan ia akan menjadi masalah jika mesej yang hendak disampaikan dalam bentuk animasi tidak difahami oleh orang ramai.



                       
            Objektif Kajian
i.                    Mengenal pasti tentang pengertian seni abstrak serta cara-cara pemprosesan untuk menghasilkan seni abstrak.
ii.                  Menganalisis tentang ikan koi yang menjadi simbolik dalam kehidupan manusia serta ciri-ciri ikan tersebut.
iii.                Mengenal pasti bentuk animasi yang sesuai dalam memindahkan seni halus iaitu seni abstrak kepada bentuk animasi.


Persoalan Kajian
i.                    Sejauh manakah kefahaman penonton terhadap mesej yang ingin disampaikan terhadap seni abstrak dalam bentuk animasi?
ii.                  Bagaimanakah cara untuk mendapatkan nilai-nilai kehalusan dalam diri bagi menghasilkan sesuatu karya abstrak yang disampaikan melalui animasi? 
iii.                Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan video seni abstrak dalam bentuk animasi?

Kepentingan Kajian
                        Penghasilan animasi pendek yang berkonsepkan abstrak akan mengetengahkan tentang kepentingan ikan koi serta keistimewaannya kepada orang ramai. Selain itu, untuk memaparkan nilai-nilai kehalusan dalam penghasilan seni abstrak yang mempunyai makna dan mesejnya yang tersendiri. Dalam masa yang sama,ia merupakan percubaan dalam menghasilkan sesuatu yang memindahkan penghasilan karya seni abstrak kepada teknologi seni animasi.


2.0              PEMBACAAN LITERATURE

Lukisan abstrak atau seni abstrak sering menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan masyarakat. Lukisan seperti ini cukup sukar untuk difahami dan diamati kerana lukisan abstrak tersebut tidak mengemukakan sesuatu bukti yang kukuh. Hanya orang yang tertentu sahaja yang menggemari lukisan seperti ini. Kesannya, lukisan abstrak hanya menjadi karya seni golongan elit dan hanya difahami oleh golongan  intelek sahaja.
Louis Fichner dalam penulisannya pernah menyatakan bahawa “seni abstrak merupakan satu bentuk lukisan yang menyederhanakan sesuatu bentuk dan objek tertentu.” (Understanding Art ,1995).
Lukisan abstrak banyak menunjukkan kearah kewujudan yang tidak realis atau natural serta tidak menunjukkan  rupa yang kita kenali seperti rupa bentuk atau objek yang kita lihat dalam kehidupan manusia. Lukisan abstrak merupakan bentuk imaginasi seni yang di olah oleh pengkarya bagi mencari sesuatu bentuk objeknya sehingga bentuk yang dihasilkan menjadi unik, dimana bentuk dari lukisan abstrak tersebut tidak akan dapat kita kenali walaupun dijumpai di dunia sebenar.


            METODOLOGI
Pendekatan
            Penyelidik akan menggunakan pendekatan quantitatif untuk mendapatkan maklum balas daripada responden tentang sejauh mana kefahaman mereka terhadap mesej yang cuba disampaikan melalui video seni abstrak ikan koi dalam bentuk animasi. Pengkajian juga akan mengumpulkan maklumat menerusi borang kaji selidik yang akan diagihkan kepada responden yang setelah melihat video pendek yang ditayangkan.





Teknik Menganalisis Data
            Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan teknik pembahagian tahap kefahaman terhadap penyampaian seni abstrak ikan koi dalam bentuk animasi. Pengkaji akan mengumpul ke semua data serta menganalisis pendapat-pendapat yang diberikan oleh responden agar,pendapat atau pandangan tersebut dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam penyelidikan ini.





3.0              JANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN
Perbincangan dan Kesimpulan

            Secara keseluruhannya, penyelidikan yang  dijalankan akan menghadapi beberapa masalah yang berkaitan dengan konteks penyelidikan. Hal ini disebabkan oleh tahap kefahaman setiap individu terhadap seni abstrak dan seni animasi adalah berbeza dan keadaan ini akan menyebabkan penyelidik mencuba untuk mencari jalan penyelesaian dan membuat keputusan yang bijak dalam memenuhi keperluan penyelidikan.









RUJUKAN
http://novykayra.blogspot.com/2013/12/sembilan-ekor-ikan-

No comments:

Post a Comment