Thursday, 9 October 2014

ANIMATION TREATMENT




 ANIMATION TREATMENT

TAJUK KAJIAN
Abstrak keistimewaan ikan koi

TEMA
Tema yang digunakan di dalam animasi ini ialah ‘‘motion graphic’’. Tema ini diambil berdasarkan kesesuaian tajuk. Saya ingin mengekspresikan ‘Abstrak keistimewaan Ikan Koi’ dalam bentuk gerakan yang abstrak,bagi menonjolkan lagi ciri-ciri keindahan yang terdapat pada diri ikan koi.

GAYA VISUAL
berdasarkan visual imaginasi,gaya visual yang akan digunakan ialah ilustrasi catan abstrak dengan gabungan 2D. saya ingin menggunakan gaya visual daripada inspirasi pelukis karya ikan koi dan saya olahkannya kepada gaya diri saya sendiri. gaya 2D dipilih supaya visual ilustrasi catan abstrak tidak terkeluar dari teknik yang asal.

VISUAL ELEMEN
TEMPOH
Tempoh yang diperlukan dalam menghasilkan animasi ini ialah 2 minit ke 2 minit setengah. Animasi ini tidah boleh terlalu lama kerana bimbang,ianya akan terpesong daripada matlamat yang sebenar.

SASARAN PENONTON
golongan dewasa lelaki dan perempuan yang berumur  sekitar 19 tahun ke 45 tahun. Golongan dewasa tersebut perlulah sihat tubuh badan iaitu tidak buta dan pekak kerana penonton perlu menonton dan mendengar animasi tersebut serta tidak perlu memahami sebarang mesej.




LATAR BELAKANG WATAK UTAMA
          Watak utama dalam animasi ini ialah ikan koi. Ikan koi merupakan hidupan ikan air tawar. Ikan koi ini dipercayai dapat memberikan keuntungan atau kebaikan kepada si pemiliknya. Selain itu, ikan koi ini mempunyai bentuk badan yang sangat indah dan menawan. Ikan koi juga merupakan ikan yang  hidup di dalam satu kesatuan atau dalam kawanan dan ikan koi ini, tidak suka saling menyerang satu sama lain. selain itu, ikan koi juga mempunyai komposisi warna yang menarik iaitu warna cerah yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk melihatnya. Tambahan pula, gerakan atau gaya renangan ikan koi juga menunjukkan gaya renangan yang elegan.


ELEMEN AUDIO
Animasi ini menggunakan latar belakang muzik sahaja,tanpa dialag ataupun kesan bunyi. Muzik yang dipilih ialah jenis ‘ambient’. Jenis ini dipilih bagi bertujuan untuk memberi dan menaikkan lagi penghayatan kepada penonton dalam menjiwai animasi tersebut.


RASIONAL
Saya memilih idea ini kerana idea seperti ini belum lagi dihasilkan dalam bentuk animasi oleh mana-mana pihak. bagi saya,idea seperti ini sangat unik kerana ianya merupakan ekspresi yang dibuat dalam bentuk animasi. Setiap orang mempunyai ekspresinya tersendiri terhadap sesuatu perkara,tetapi cara untuk mengekspresikannya adalah berbeza. Bagi penggiat seni,mereka mengekspresikannya dalam bentuk seni seperti lukisan, dan saya akan mengekspresikan lukisan tersebut dalam bentuk animasi. Kebanyakan pengkarya mengekspresikan diri mereka dalam bentuk lukisan abstrak atau semi abstrak,dan hasil abstrak tersebut hanya pengkarya sahaja yang dapat memahaminya.




TEKNIKAL
Untuk menghasilkan animasi ini beberapa proses dijalankan seperti membuat lakaran awal. Mencuba untuk mengembangkan idea lakaran dengan membuat lukisan abstrak yang menggunakan media warna air. Ianya bertujuan untuk mendapatkan penghayatan dalam menghasilkan sesuatu seni yang abstrak dan bermakna. Setelah lakaran akhir diperolehi, proses untuk membuat animasi akan dijalankan dengan menggunakan software. Software yang akan digunakan ialah adobe after effect. Software ini sangat sesuai untuk membuat animasi jenis ‘motion graphic’ dan boleh memudah sedikit pembikinan animasi yang ingin dibuat.

JALAN PENCERITAAN
SINOPSIS
       Animasi ini menyampaikan tentang keistimewaan-keistimewaan ikan koi di dalam kehidupan masyarakat. Kebanyakan masyarakat mempercayai bahawa ikan koi ini boleh memberikan keuntungan dalam kehidupan dan keluarga mereka. Ikan koi ini juga dikatakan boleh memberikan ketenangan kepada seseorang apabila melihatnya. Gaya renangannya yang elegan juga menarik perhatian peminat untuk melihatnya dengan tanpa rasa jemu. Bukan semua haiwan ternakan boleh menghiburkan hati si pemiliknya.

PENGENALAN\ INTRO
Setitik warna akan menitis di permukaan air. Kemudian titisan tersebut akan membentuk satu ilustrasi abstrak yang berbentuk ikan koi. Abstrak tersebut akan bermain dengan warna,bagi menunjukkan warna ikan koi yang cantik. Kemudian,abtrak tersebut akan bergerak-gerak seperti renangan ikan,untuk menunjukkan gaya renangan ikan koi yang elegan.

LATAR BELAKANG
Abtrak ikan koi akan menunjukkan kelebihannya dalam kepercayaan manusia seperti boleh memberi keuntungan dan ketenangan. Di saat klimak, abstrak ikan koi akan berpecah menjadi banyak iaitu menjadi 9 ekor,yang menunjukkan maknanya tersendiri.


PENGAKHIRAN
Abstrak ikan koi akan perlahan-lahan bergabung semula menjadi 1. Kemudian akan kembali semula kepada bentuk titisan yang asal dan perlahan-lahan hilang.

KEKANGAN
Penggunaan software adobe after effect masih lagi belum dikuasai sepenuhnya dalam menjalankan projek animasi ini. Oleh itu,latihan yang banyak dan berulang kali perlu dilakukan. Disamping itu,sumber-sumber rujukan juga perlu dicari bagi membantu untuk melancarkan proses latihan.

1 comment:

  1. Casinos in Canada 2021-2022 - GoOmans
    Casinos in Canada 출장안마 2021-2022 · Casinos at Casinos in Canada. Learn about online ford fusion titanium casinos in poormansguidetocasinogambling.com Canada, wooricasinos.info including casino list for 2021. 바카라 사이트

    ReplyDelete