Thursday, 20 November 2014

PENGENALAN

PENGENALAN

1.0  Latar belakang kajian

         

  •  Origami boleh didefinisikan sebagai seni melipat kertas. Origami ini berasal daripada Negara Jepun. Perkataan origami itu sendiri juga berasal daripada Jepun iaitu gabungan daripada perkataan ori yang bermaksud  ‘melipat’ .
  •  Manakala perkataan  kami pula bermaksud ‘kertas’. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan akan menjadi orikami tetapi perkataan tersebut telah berlakunya sedikit perubahan ,tetapi tidak berlaku perubahan maksud iaitu kepada origami yang bermaksud melipat kertas. Berdasarkan  M.Amanuma dalam Danandjaja(1997:297), origami merupakan seni melipat kertas yang mempunyai pelbagai reka bentuk.


  •  Kewujudan origami telah bermula sejak manusia mulal mencipta kertas. Pembuatan kertas telah bermula di Tiongkok China iaitu pada abad pertama 105M. perbuatan kertas ini telah diperkenalkan oleh Ts’ai Lun. Ts’ai Lun telah menemui sebatang pokok yang sesuai untuk dijadikan kertas,poko tersebut dinamakan senagai poko papirus. 
  • Setelah beberapa abad kemudian iaitu pada abad ke enam  610M Seorang sami Buddha yang bernama Dokyo( Donch´o) iaitu merupakan seorang doktor peribadi kepada Kaisar Ratu Suiko, iaitu pemerintahan kaisar wanita pada zaman Asuka. 
  • Beliau telah membawa seni melipat kertas ini ke Jepun. Pada abad yang sama cara pembuatan kertas ini telah dibawa oleh orang-orang Arab  ke Spanyol dan mereka kemudiannya telah memperkenalkan model origami yang berbentuk geometrik . Semenjak Dokyo membawa seni melipat kertas pada masa itu,, origami telah menjadi popular dalam kalangan masyarakat jepun dan dijadikan tradisi sehingga turun-temurun. Origami telah menjadi satu kebudayaan  bagi orang jepun dalam keagamaan Shinto.

Reka bentuk origami

  • Reka bentuk origami terhasil daripada cantuman  unit-unit yang sama saiz dan bentuk, bagi mendapatkan satu bentuk objek origami. 
  • Sejak terciptanya origami, origami terkenal dengan memiliki dua jenis model reka bentuk iaitu, origami reka bentuk tradisional dan reka bentuk moden. 
  • Reka bentuk tradisional merupakan reka bentuk yang kita tidak tahu,siapa penciptanya kerana ianya merupakan reka bentuk yang sangat lama. Manakala,reka bentuk moden pula merupakan karya-karya kontemporari dan reka bentuk tersebut dijadikan hak ciptanya terhadap si pereka. Secara umumnya, berdasarkan Buku Membentuk dan Membuat binaan(2012) origami ini terdapat jenis-jenisnya tersendiri seperti bentuk haiwan,tumbuhan,barang permainan, dan perhiasan. 
  • Diantara jenis-jenis tersebut,jenis haiwan merupakan reka bentuk yang paling popular dihasilkan terutamanya haiwan-haiwan seperti rama-rama,ikan,burung, dan arnab.



­­


Kesemua reka bentuk origami yang terdapat di dunia ini berbentuk geometrik kerana ianya lebih mudah dibentuk jika menggunakan jenis bentuk tersebut. Kebanyakan reka bentuk origami pada masa kini lebih kepada mengikut kreativiti dan  idea masing-masing .

PERKEMBANGAN IDEA WATAK





perkembangan idea watak

             membuat origami manusia berdasarkan tutorial,untuk membuat watak bagi manusia.

PERKEMBANGAN IDEA WATAK



                                                      menggunakan teknik low poly art




LAKARAN LATAR BELAKANG (ENVIRONMENT)



PAPAN PENCERITAAN (STORYBOARD)








LAKARAN KECIL STORYBOARD




ANIMATION TREATMENT

TAJUK KAJIAN
Lindungi alam semulajadi

TEMA
Tema yang digunakan di dalam animasi ini ialah alam semula jadi. Di sini tema akan mengetengahkan suasana alam semula jadi dengan ciptaan tumbuhan dan hidupan haiwan. Tema ini diambil bagi menyesuaikan dengan konsep yang ingin dibawa iaitu origami.

GAYA VISUAL
berdasarkan visual imaginasi,gaya visual yang akan digunakan ialah animasi 3D. semua kawasan latar belakang,watak dan sebagainya akan dijadikan dalam bentuk origami 3D.

VISUAL ELEMEN
Visual elemen yang terdapat dalam animasi tersebut ialah, kereta, kereta api, lori,bangunan,tapak perkilangan,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

TEMPOH
Tempoh yang diperlukan dalam menghasilkan animasi ini ialah 2 minit hingga ke 3 minit.

SASARAN PENONTON
Sasaran penonton animasi ini ialah semua golongan daripada peringkat kanak-kanak sehingga peringkat dewasa. Lebih diutamakan kepada golongan dewasa kerana jalan penceritaan mempunyai pengajaran yang boleh diambil daripada golongan dewasa.untuk golongan kanak-kanak,ianya boleh ditonton kerana konsep yang digunakan ialah origami 3D,
LATAR BELAKANG WATAK UTAMA
Watak utama dalam animasi ini ialah seorang manusia lelaki yang bernama Azman. Azman berumur 28 tahun dan sudah mempunyai keluarga serta seorang cahaya mata. Azman bekerja dalam sektor perindustrian. Seorang yang kuat bekerja. Sudah banyak pengalaman kerja yang telah  diperolehinya. Banyak perkara yang Azman telah lihat, seperti pembukaan hutan,penebangan pokok,penubuhan sektor perkilangan,penternakan haiwan,perindustrian produk berasaskan haiwan dan tumbuhan dan sebagainya.

ELEMEN AUDIO
Animasi ini menggunakan latar belakang muzik sahaja,tanpa dialog ataupun kesan bunyi. Muzik yang dipilih ialah jenis ‘kesedaran’. Jenis ini dipilih bagi bertujuan untuk memberi dan menaikkan lagi penghayatan kepada penonton dalam menjiwai animasi tersebut.

RASIONAL
Idea ini dipilih kerana mempunyai kesinambungan dengan konsep yang ingin digunakan iaitu origami. Origami mempunyai ciri-ciri semula jadi kerana ianya diperbuat daripada kertas. Selain itu,penciptaan origami pada masa dahulu lebih kepada penghasilan bentuk flora dan fauna. Origami seperti ini menguatkan lagi ciri-ciri alam semula jadi yang terdapat dalam animasi tersebut. Oleh itu, tema yang digunakan juga berkaitan dengan alam semula jadi yang terdapat elemen-elemen tumbuhan dan haiwan. Ianya lebih kepada pengajaran tentang kesan buruk terhadap penerokaan hutan dan kepupusan haiwan,serta memberi kesedaran tentang betapa pentingnya penjagaan alam semula jadi.







TEKNIKAL
Untuk menghasilkan animasi ini beberapa proses dijalankan seperti membuat lakaran awal. serta mengembangkan idea lakaran dengan cuba untuk membuat origami-origami yang diperlukan di dalam video animasi. Origami tersebut dibuat untuk mendapatkan struktur bentuk,agar mudah untuk membuat watak tersebut menggunakan software. Software yang akan digunakan ialah adobe after effect dan Autodesk maya 3d. software ini digunakan bagi memberi pengalaman yang baru kepada pengkaji supaya dapat melatih diri untuk mahir dalam menggunakan software tersebut,terutamanya autodesk maya 3d.

JALAN PENCERITAAN
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama azman.azman merupakan seorang lelaki yang sangat kuat bekerja. Azman juga mempunyai sebuah keluarga yang sangat disayanginya. Sepanjang perjalanan hidup azman,pelbagai pengalaman bekerja sudah diperolehinya,seperti bekerja dalam aktiviti pembukaan hutan,penebangan pokok,penternakan,perkilangan,sektor perindustrian yang mengeluarkan produk yang berasaskan tanaman dan haiwan. Hampir 30 tahun azman melibatkan diri dalam bidang pekerjaan seperti ini. Pelbagai kemajuan telah dibangunkan berdasarkan pekerjaan-pekerjaan tersebut. Dipertengahan umur azman,azman mulai sedar dengan kesilapan yang dilakukannya. Pelbagai kesan negatif telah timbul,hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Semua kawasan-kawasan hutan habis diterokainya,haiwan-haiwan mulai pupus. Azman mulai sedar dan insaf. Dia nekad untuk mengembali dan memulihkan semula alam semula jadi yang telah dia rosakkan. Niat azman tersebut memakan masa . hari demi hari,tahun demi tahun hasrat azman tercapai







PENGENALAN\ INTRO
Azman merupakan seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Azman bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan yang melibatkan aktiviti mengancam  alam semula jadi. Bermula dengan penerokaan kawasan hutan,untuk membuka tapak  ternakan haiwan.

LATAR BELAKANG
Selepas pembukaan kawasan dijalankan, azman mula menjalankan aktiviti penternakan haiwan. Aktiviti penternakan haiwan tersebut bagi memenuhi permintaan pasaran iaitu untuk menghasilkan produk yang berasaskan haiwan. Haiwan yang dipelihara seperti lembu,kambing,ayam dan sebagainya. Haiwan-haiwan ternakan kemudiannya,di bawa ke kilang untuk di proses. Di kawasan perkilangan tersebut,sering berlakunya pencemaran kerana pembuangan sisa kotoran ke kawasan persekitaran. Setelah itu, barulah produk tersebut dihantar dan diagihkan untuk dieksport ke tempat lain,mengikut permintaan pasaran. Setelah sekian lama azman terlibat dalam pekerjaan tersebut,azman mulai sedar dan insaf. Segala aktiti yang dilakukannya itu,boleh mengancam kesempurnaan alam semula jadi. Azman telah nekad untuk mengembali dan memulihkan alam semula jadi kepada yang asal.

PENGAKHIRAN
Setelah sekian lama,hasrat azman untuk memulihkan alam semula jadi,telah tercapai. Kini,azman telah tua,dan dia sangat gembira melihat alam semula jadi kembali kepada yang asal. Dia mengharapkan,generasi akan datang,boleh menjaga alam semula jadi dengan baik dan terpelihara.

KEKANGAN
Penggunaan software adobe after effect dan aotudesk maya 3d masih lagi belum dikuasai sepenuhnya dalam menjalankan projek animasi ini. Oleh itu,latihan yang banyak dan berulang kali perlu dilakukan. Disamping itu,sumber-sumber rujukan juga perlu dicari bagi membantu untuk melancarkan proses latihan.



LAKARAN IDEA DENGAN WARNA


menggambarkan idea dengan menggunakan adobe illustrator....

PERKEMBANGAN IDEA ( IDEA DEVELOPMENT)






LAKARAN AWAL



TAJUK BARU UNTUK FYP


  • selepas beberapa minggu dengan tajuk "seni abstrak ikan dalam bentuk animasi" untuk FYP,kini saya telah mengam bil keputusan untuk menukar kepada tajuk yang lain. hal ini kerana,tajuk yang saya bawakankan itu,sangat sukar untuk diterangkan kepada semua orang.
  • kini saya telah memilih tajuk lain untuk dijadikan sebagai tajuk FYP saya iaitu:
  • KAJIAN TERHADAP SEJARAH DAN REKA BENTUK ORIGAMI.


Thursday, 9 October 2014

ANIMATION TREATMENT




 ANIMATION TREATMENT

TAJUK KAJIAN
Abstrak keistimewaan ikan koi

TEMA
Tema yang digunakan di dalam animasi ini ialah ‘‘motion graphic’’. Tema ini diambil berdasarkan kesesuaian tajuk. Saya ingin mengekspresikan ‘Abstrak keistimewaan Ikan Koi’ dalam bentuk gerakan yang abstrak,bagi menonjolkan lagi ciri-ciri keindahan yang terdapat pada diri ikan koi.

GAYA VISUAL
berdasarkan visual imaginasi,gaya visual yang akan digunakan ialah ilustrasi catan abstrak dengan gabungan 2D. saya ingin menggunakan gaya visual daripada inspirasi pelukis karya ikan koi dan saya olahkannya kepada gaya diri saya sendiri. gaya 2D dipilih supaya visual ilustrasi catan abstrak tidak terkeluar dari teknik yang asal.

VISUAL ELEMEN
TEMPOH
Tempoh yang diperlukan dalam menghasilkan animasi ini ialah 2 minit ke 2 minit setengah. Animasi ini tidah boleh terlalu lama kerana bimbang,ianya akan terpesong daripada matlamat yang sebenar.

SASARAN PENONTON
golongan dewasa lelaki dan perempuan yang berumur  sekitar 19 tahun ke 45 tahun. Golongan dewasa tersebut perlulah sihat tubuh badan iaitu tidak buta dan pekak kerana penonton perlu menonton dan mendengar animasi tersebut serta tidak perlu memahami sebarang mesej.




LATAR BELAKANG WATAK UTAMA
          Watak utama dalam animasi ini ialah ikan koi. Ikan koi merupakan hidupan ikan air tawar. Ikan koi ini dipercayai dapat memberikan keuntungan atau kebaikan kepada si pemiliknya. Selain itu, ikan koi ini mempunyai bentuk badan yang sangat indah dan menawan. Ikan koi juga merupakan ikan yang  hidup di dalam satu kesatuan atau dalam kawanan dan ikan koi ini, tidak suka saling menyerang satu sama lain. selain itu, ikan koi juga mempunyai komposisi warna yang menarik iaitu warna cerah yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk melihatnya. Tambahan pula, gerakan atau gaya renangan ikan koi juga menunjukkan gaya renangan yang elegan.


ELEMEN AUDIO
Animasi ini menggunakan latar belakang muzik sahaja,tanpa dialag ataupun kesan bunyi. Muzik yang dipilih ialah jenis ‘ambient’. Jenis ini dipilih bagi bertujuan untuk memberi dan menaikkan lagi penghayatan kepada penonton dalam menjiwai animasi tersebut.


RASIONAL
Saya memilih idea ini kerana idea seperti ini belum lagi dihasilkan dalam bentuk animasi oleh mana-mana pihak. bagi saya,idea seperti ini sangat unik kerana ianya merupakan ekspresi yang dibuat dalam bentuk animasi. Setiap orang mempunyai ekspresinya tersendiri terhadap sesuatu perkara,tetapi cara untuk mengekspresikannya adalah berbeza. Bagi penggiat seni,mereka mengekspresikannya dalam bentuk seni seperti lukisan, dan saya akan mengekspresikan lukisan tersebut dalam bentuk animasi. Kebanyakan pengkarya mengekspresikan diri mereka dalam bentuk lukisan abstrak atau semi abstrak,dan hasil abstrak tersebut hanya pengkarya sahaja yang dapat memahaminya.




TEKNIKAL
Untuk menghasilkan animasi ini beberapa proses dijalankan seperti membuat lakaran awal. Mencuba untuk mengembangkan idea lakaran dengan membuat lukisan abstrak yang menggunakan media warna air. Ianya bertujuan untuk mendapatkan penghayatan dalam menghasilkan sesuatu seni yang abstrak dan bermakna. Setelah lakaran akhir diperolehi, proses untuk membuat animasi akan dijalankan dengan menggunakan software. Software yang akan digunakan ialah adobe after effect. Software ini sangat sesuai untuk membuat animasi jenis ‘motion graphic’ dan boleh memudah sedikit pembikinan animasi yang ingin dibuat.

JALAN PENCERITAAN
SINOPSIS
       Animasi ini menyampaikan tentang keistimewaan-keistimewaan ikan koi di dalam kehidupan masyarakat. Kebanyakan masyarakat mempercayai bahawa ikan koi ini boleh memberikan keuntungan dalam kehidupan dan keluarga mereka. Ikan koi ini juga dikatakan boleh memberikan ketenangan kepada seseorang apabila melihatnya. Gaya renangannya yang elegan juga menarik perhatian peminat untuk melihatnya dengan tanpa rasa jemu. Bukan semua haiwan ternakan boleh menghiburkan hati si pemiliknya.

PENGENALAN\ INTRO
Setitik warna akan menitis di permukaan air. Kemudian titisan tersebut akan membentuk satu ilustrasi abstrak yang berbentuk ikan koi. Abstrak tersebut akan bermain dengan warna,bagi menunjukkan warna ikan koi yang cantik. Kemudian,abtrak tersebut akan bergerak-gerak seperti renangan ikan,untuk menunjukkan gaya renangan ikan koi yang elegan.

LATAR BELAKANG
Abtrak ikan koi akan menunjukkan kelebihannya dalam kepercayaan manusia seperti boleh memberi keuntungan dan ketenangan. Di saat klimak, abstrak ikan koi akan berpecah menjadi banyak iaitu menjadi 9 ekor,yang menunjukkan maknanya tersendiri.


PENGAKHIRAN
Abstrak ikan koi akan perlahan-lahan bergabung semula menjadi 1. Kemudian akan kembali semula kepada bentuk titisan yang asal dan perlahan-lahan hilang.

KEKANGAN
Penggunaan software adobe after effect masih lagi belum dikuasai sepenuhnya dalam menjalankan projek animasi ini. Oleh itu,latihan yang banyak dan berulang kali perlu dilakukan. Disamping itu,sumber-sumber rujukan juga perlu dicari bagi membantu untuk melancarkan proses latihan.



TAJUK : SENI ABSTRAK IKAN KOI DALAM BENTUK ANIMASI
1.0              PENGENALAN
            Topik Kajian
            Penyelidikan akan membincangkan tentang   makna seni astrak yang banyak  berkaitan dalam seni halus. Seni abtrak juga terdapat beberapa jenis yang membolehkan pengkarya menghasilkan pelbagai jenis karya. Untuk menghasilkan seni abstrak, ikan koi telah dipilih untuk dijadikan sebagai subjek utama di dalam abstrak tersebut. Kajian juga perlu dilakukan terhadap ikan koi,bagi mendapatkan maklumat yang terperinci tentang kepentingan dan keistimewaan ikan tersebut kepada orang ramai. Dalam menjalankan penyelidikan ini, beberapa orang atris malaysia yang menghasil karya ikan koi, akan dikaji serta diamati karya tersebut samaada karya tersebut dalam bentuk abstrak atau pun bukan abstrak. Kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi mengaitkan seni abstrak untuk dijadikan kepada bentuk animasi.
            .
            Permasalahan Kajian
                        Dalam kajian ini, beberapa orang artis yang menghasilkan karya abstrak ikan koi perlu dikaji. Namun  tidak ramai pengkarya-pengkarya terkenal tempatan yang menghasilkan karya ikan koi. kebanyakan karya lebih banyak dihasilkan oleh pengkarya dari Indonesia. Selain itu, kebanyakan sumber-sumber rujukan video tentang seni abstrak lebih kepada bentuk 3 dimensi dan video seni abstrak 2 dimensi sangat kurang. Video seni abstrak yang ditampilkan juga lebih kepada bentuk geometrik dan bentuk organik sangat kurang dan tidak menarik. Disamping itu, terdapat kelemahan dalam diri sendiri dalam mengamati hasil seni karya abstrak dan ia akan menjadi masalah jika mesej yang hendak disampaikan dalam bentuk animasi tidak difahami oleh orang ramai.



                       
            Objektif Kajian
i.                    Mengenal pasti tentang pengertian seni abstrak serta cara-cara pemprosesan untuk menghasilkan seni abstrak.
ii.                  Menganalisis tentang ikan koi yang menjadi simbolik dalam kehidupan manusia serta ciri-ciri ikan tersebut.
iii.                Mengenal pasti bentuk animasi yang sesuai dalam memindahkan seni halus iaitu seni abstrak kepada bentuk animasi.


Persoalan Kajian
i.                    Sejauh manakah kefahaman penonton terhadap mesej yang ingin disampaikan terhadap seni abstrak dalam bentuk animasi?
ii.                  Bagaimanakah cara untuk mendapatkan nilai-nilai kehalusan dalam diri bagi menghasilkan sesuatu karya abstrak yang disampaikan melalui animasi? 
iii.                Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan video seni abstrak dalam bentuk animasi?

Kepentingan Kajian
                        Penghasilan animasi pendek yang berkonsepkan abstrak akan mengetengahkan tentang kepentingan ikan koi serta keistimewaannya kepada orang ramai. Selain itu, untuk memaparkan nilai-nilai kehalusan dalam penghasilan seni abstrak yang mempunyai makna dan mesejnya yang tersendiri. Dalam masa yang sama,ia merupakan percubaan dalam menghasilkan sesuatu yang memindahkan penghasilan karya seni abstrak kepada teknologi seni animasi.


2.0              PEMBACAAN LITERATURE

Lukisan abstrak atau seni abstrak sering menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan masyarakat. Lukisan seperti ini cukup sukar untuk difahami dan diamati kerana lukisan abstrak tersebut tidak mengemukakan sesuatu bukti yang kukuh. Hanya orang yang tertentu sahaja yang menggemari lukisan seperti ini. Kesannya, lukisan abstrak hanya menjadi karya seni golongan elit dan hanya difahami oleh golongan  intelek sahaja.
Louis Fichner dalam penulisannya pernah menyatakan bahawa “seni abstrak merupakan satu bentuk lukisan yang menyederhanakan sesuatu bentuk dan objek tertentu.” (Understanding Art ,1995).
Lukisan abstrak banyak menunjukkan kearah kewujudan yang tidak realis atau natural serta tidak menunjukkan  rupa yang kita kenali seperti rupa bentuk atau objek yang kita lihat dalam kehidupan manusia. Lukisan abstrak merupakan bentuk imaginasi seni yang di olah oleh pengkarya bagi mencari sesuatu bentuk objeknya sehingga bentuk yang dihasilkan menjadi unik, dimana bentuk dari lukisan abstrak tersebut tidak akan dapat kita kenali walaupun dijumpai di dunia sebenar.


            METODOLOGI
Pendekatan
            Penyelidik akan menggunakan pendekatan quantitatif untuk mendapatkan maklum balas daripada responden tentang sejauh mana kefahaman mereka terhadap mesej yang cuba disampaikan melalui video seni abstrak ikan koi dalam bentuk animasi. Pengkajian juga akan mengumpulkan maklumat menerusi borang kaji selidik yang akan diagihkan kepada responden yang setelah melihat video pendek yang ditayangkan.





Teknik Menganalisis Data
            Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan teknik pembahagian tahap kefahaman terhadap penyampaian seni abstrak ikan koi dalam bentuk animasi. Pengkaji akan mengumpul ke semua data serta menganalisis pendapat-pendapat yang diberikan oleh responden agar,pendapat atau pandangan tersebut dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam penyelidikan ini.





3.0              JANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN
Perbincangan dan Kesimpulan

            Secara keseluruhannya, penyelidikan yang  dijalankan akan menghadapi beberapa masalah yang berkaitan dengan konteks penyelidikan. Hal ini disebabkan oleh tahap kefahaman setiap individu terhadap seni abstrak dan seni animasi adalah berbeza dan keadaan ini akan menyebabkan penyelidik mencuba untuk mencari jalan penyelesaian dan membuat keputusan yang bijak dalam memenuhi keperluan penyelidikan.









RUJUKAN
http://novykayra.blogspot.com/2013/12/sembilan-ekor-ikan-