TAJUK
KAJIAN
Lindungi alam semulajadi
TEMA
Tema yang digunakan di dalam
animasi ini ialah alam semula jadi. Di sini tema akan mengetengahkan suasana
alam semula jadi dengan ciptaan tumbuhan dan hidupan haiwan. Tema ini diambil
bagi menyesuaikan dengan konsep yang ingin dibawa iaitu origami.
GAYA
VISUAL
berdasarkan visual
imaginasi,gaya visual yang akan digunakan ialah animasi 3D. semua kawasan latar
belakang,watak dan sebagainya akan dijadikan dalam bentuk origami 3D.
VISUAL
ELEMEN
Visual elemen yang terdapat
dalam animasi tersebut ialah, kereta, kereta api, lori,bangunan,tapak perkilangan,haiwan
dan tumbuh-tumbuhan.
TEMPOH
Tempoh yang diperlukan dalam
menghasilkan animasi ini ialah 2 minit hingga ke 3 minit.
SASARAN
PENONTON
Sasaran penonton animasi ini
ialah semua golongan daripada peringkat kanak-kanak sehingga peringkat dewasa.
Lebih diutamakan kepada golongan dewasa kerana jalan penceritaan mempunyai
pengajaran yang boleh diambil daripada golongan dewasa.untuk golongan
kanak-kanak,ianya boleh ditonton kerana konsep yang digunakan ialah origami 3D,
LATAR
BELAKANG WATAK UTAMA
Watak utama dalam animasi
ini ialah seorang manusia lelaki yang bernama Azman. Azman berumur 28 tahun dan
sudah mempunyai keluarga serta seorang cahaya mata. Azman bekerja dalam sektor
perindustrian. Seorang yang kuat bekerja. Sudah banyak pengalaman kerja yang
telah diperolehinya. Banyak perkara yang
Azman telah lihat, seperti pembukaan hutan,penebangan pokok,penubuhan sektor
perkilangan,penternakan haiwan,perindustrian produk berasaskan haiwan dan
tumbuhan dan sebagainya.
ELEMEN
AUDIO
Animasi ini menggunakan
latar belakang muzik sahaja,tanpa dialog ataupun kesan bunyi. Muzik yang
dipilih ialah jenis ‘kesedaran’. Jenis ini dipilih bagi bertujuan untuk memberi
dan menaikkan lagi penghayatan kepada penonton dalam menjiwai animasi tersebut.
RASIONAL
Idea ini dipilih kerana
mempunyai kesinambungan dengan konsep yang ingin digunakan iaitu origami.
Origami mempunyai ciri-ciri semula jadi kerana ianya diperbuat daripada kertas.
Selain itu,penciptaan origami pada masa dahulu lebih kepada penghasilan bentuk flora
dan fauna. Origami seperti ini menguatkan lagi ciri-ciri alam semula jadi yang
terdapat dalam animasi tersebut. Oleh itu, tema yang digunakan juga berkaitan
dengan alam semula jadi yang terdapat elemen-elemen tumbuhan dan haiwan. Ianya
lebih kepada pengajaran tentang kesan buruk terhadap penerokaan hutan dan
kepupusan haiwan,serta memberi kesedaran tentang betapa pentingnya penjagaan
alam semula jadi.
TEKNIKAL
Untuk menghasilkan animasi
ini beberapa proses dijalankan seperti membuat lakaran awal. serta
mengembangkan idea lakaran dengan cuba untuk membuat origami-origami yang
diperlukan di dalam video animasi. Origami tersebut dibuat untuk mendapatkan
struktur bentuk,agar mudah untuk membuat watak tersebut menggunakan software. Software
yang akan digunakan ialah adobe after effect dan Autodesk maya 3d. software ini
digunakan bagi memberi pengalaman yang baru kepada pengkaji supaya dapat
melatih diri untuk mahir dalam menggunakan software tersebut,terutamanya
autodesk maya 3d.
JALAN
PENCERITAAN
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan
tentang seorang lelaki yang bernama azman.azman merupakan seorang lelaki yang
sangat kuat bekerja. Azman juga mempunyai sebuah keluarga yang sangat
disayanginya. Sepanjang perjalanan hidup azman,pelbagai pengalaman bekerja sudah
diperolehinya,seperti bekerja dalam aktiviti pembukaan hutan,penebangan
pokok,penternakan,perkilangan,sektor perindustrian yang mengeluarkan produk
yang berasaskan tanaman dan haiwan. Hampir 30 tahun azman melibatkan diri dalam
bidang pekerjaan seperti ini. Pelbagai kemajuan telah dibangunkan berdasarkan
pekerjaan-pekerjaan tersebut. Dipertengahan umur azman,azman mulai sedar dengan
kesilapan yang dilakukannya. Pelbagai kesan negatif telah timbul,hasil daripada
pekerjaan yang dilakukannya. Semua kawasan-kawasan hutan habis
diterokainya,haiwan-haiwan mulai pupus. Azman mulai sedar dan insaf. Dia nekad
untuk mengembali dan memulihkan semula alam semula jadi yang telah dia
rosakkan. Niat azman tersebut memakan masa . hari demi hari,tahun demi tahun
hasrat azman tercapai
PENGENALAN\ INTRO
Azman merupakan seorang
lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Azman bekerja dalam pelbagai
bidang pekerjaan yang melibatkan aktiviti mengancam alam semula jadi. Bermula dengan penerokaan
kawasan hutan,untuk membuka tapak
ternakan haiwan.
LATAR BELAKANG
Selepas pembukaan kawasan
dijalankan, azman mula menjalankan aktiviti penternakan haiwan. Aktiviti
penternakan haiwan tersebut bagi memenuhi permintaan pasaran iaitu untuk
menghasilkan produk yang berasaskan haiwan. Haiwan yang dipelihara seperti
lembu,kambing,ayam dan sebagainya. Haiwan-haiwan ternakan kemudiannya,di bawa
ke kilang untuk di proses. Di kawasan perkilangan tersebut,sering berlakunya
pencemaran kerana pembuangan sisa kotoran ke kawasan persekitaran. Setelah itu,
barulah produk tersebut dihantar dan diagihkan untuk dieksport ke tempat
lain,mengikut permintaan pasaran. Setelah sekian lama azman terlibat dalam
pekerjaan tersebut,azman mulai sedar dan insaf. Segala aktiti yang dilakukannya
itu,boleh mengancam kesempurnaan alam semula jadi. Azman telah nekad untuk
mengembali dan memulihkan alam semula jadi kepada yang asal.
PENGAKHIRAN
Setelah sekian lama,hasrat
azman untuk memulihkan alam semula jadi,telah tercapai. Kini,azman telah
tua,dan dia sangat gembira melihat alam semula jadi kembali kepada yang asal.
Dia mengharapkan,generasi akan datang,boleh menjaga alam semula jadi dengan
baik dan terpelihara.
KEKANGAN
Penggunaan software adobe
after effect dan aotudesk maya 3d masih lagi belum dikuasai sepenuhnya dalam
menjalankan projek animasi ini. Oleh itu,latihan yang banyak dan berulang kali
perlu dilakukan. Disamping itu,sumber-sumber rujukan juga perlu dicari bagi
membantu untuk melancarkan proses latihan.